Serie A News

Gameweek 1 Highlight

Monday 26 December 2011
Assalamualaikum.. Alhamdulillah,, segala pujian kehadrat Ilahi setelah sekian lama menunggu akhirnya start jugak liga kita tahun ni.. hehe.. walaupun ada sdkit masalah, nmun semua berjalan dengan lancar. semua perlawanan pada minggu pertama sepatutnya 10 perlawanan melibatkan semua pasukan, walaubgaimanapun, hanya 8 match berjaya diadakan dan baki 2 match lagi terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang akan dinyatakan kelak.xmau ckap bnyk, jom kita tengok result untuk gameweek pertama ni.


PADANG A

SPORTING AZHAR ( 5 ) VS TEAM KITA ( 0 )

AL-IKHWAH  ( 3 ) VS ZARAGOZA ( 3 )

BOBOI FC ( 2 ) VS SYARBINI 224 ( 3 )

EL MATADOR  ( 2 ) VS AL-IKHWAH ( 4 )


PADANG B

NAGA PUTIH  ( 8 ) VS SYARBINI 224 ( 1 )

SKODA FC  ( 5 ) VS BOBOI FC ( 1 )

KAKI BANGKU  ( 1 ) VS EL- METADOR ( 1 )

NYI PERIOK ( 1 ) VS SKODA ( 3 )

TEAM KITA ( 0 ) VS ZARAGOZA FC ( 4 )

Perlawanan Tertunggak :
1- Naga Putih VS Sporting Azhar
2- Nyi Periok VS Kaki Bangku


Gameweek 1 Top Scorer :


( 5 Gol ) : Eqbal Faiz - Al Ikhwah

( 3 Gol ) : Akram - Naga Putih
              : Farid - Skoda Fc
           
( 2 Gol ) : Ilham Hakimi - Al Ikhwah
              : Fazrin - Zaragoza Fc
              : Zahir - Naga Putih
              : Wan Helmi - Naga Putih
              : Ahmad Muhammad - Skoda Fc
              : Wan - Skoda Fc

Gameweek 1 Report.


PADANG B


Perlawanan diadakan di tempat biasa seperti liga tahun lepas. para peserta membanjiri arena seawal jam 7.30 pagi. namun pihak pengurusan masih belum berpuas hati kerana masih ada segelintir antara peserta yang bertanding masih tidur pada waktu itu kerana ada diantara mereka datang lewat daripada masa yang ditetapkan. Perlawanan pertama Serie Azhar 2011-2012 menyaksikan amukan bertenaga Naga Putih apabila 'menggoreng' pasukan Syarbini 224 dengan keputusan yang agak menakjubkan 8 - 1. Perlawanan seterusnya menyaksikan juara bertahan musim lalu iaitu Skoda Fc membenam pasukan paling muda, Boboi Fc dengan perbezaan jaringan yang agak ketara. 5-1 apabila wisel penamat ditiup. Pasukan Kaki Bangku dari Fakulti Pergigian Azhar juga bermula dengan agak perlahan setelah mencatat keputusan seri  ketika menerima kunjungan pasukan El Matadors O'Sem di tempat sendiri. perlawanan yang pasti menarik untuk dibincangkan. Skoda Fc  ternyata bukan tandingan apabila sekali lagi meraih kemenangan 3-1 berdepan dengan pasukan Nyi Periok juga dari tahun 1. Pasukan Zaragoza berjaya memenangi perlawanan kedua mereka 4-0 ketika bertemu pasukan Team Kita. perlawanan tersebut adalah yang terakhir bagi padang B.

PADANG A

Dominisasi pasukan senior terus ditunjukkan apabila wakil ketiga tahun 4, Sporting Azhar juga meraih kemenangan pada minggu pertama. menang 5-0 melawan Team Kita. Nasib memang tidak menyebelahi Team Kita apabila kalah kesemua perlawanan pada hari pertama liga. Perlawanan tumpuan pada minggu ini tentunya perlawanan antara pasukan Al Ikhwah bertemu Zaragoza Fc. kedua-duanya adalah pasukan 3 teratas pada musim lalu. perlawanan yang agak sengit ala-ala Liverpool vs AC Milan pada final liga juara-juara dulu. ketinggalan 3-0 namun masih berjaya mengikat kedudukan 3-3. itulah semangat yang ditunjukkan oleh Zaragoza Fc. Perlawanan Selepas itu juga tidak kurang hebatnya antara pasukan Boboi Fc dan Syarbini 224. Peningkatan ditunjukkan oleh pasukan Boboi setelah kalah perlawanan pertama apabbila memberi saingan sengit pada perlawanan ini. namun,perlawanan berkesudahan Syarbini 224 menang 3-2. Perlawanan penutup minggu ini menyaksikan Al-Ikhwah berdepan dengan pasukan El Matadors O'sem. sengit dan mendebarkan. itu yang mampu di ucapkan oleh 6 ribu penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Nasib sekali lagi menyebelahi Al-Ikhwah apabila berjaya mencatat kemenangan pertama 4-2.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding kerana memberikan kerjasama yang total kepada pihak penganjur walaupun ada satu dua yang harus diperbaiki. Kepada team yang menang, tahniah diucapkan, dan kepada yang tidak menang, jangan berpuas hati, teruskan usaha. insyaAllah akan ada sinar di kemudian hari. hehe..

League Table and Gameweek pictures will be upload after this. tq.

mohon maaf atas highlight yang kurang menarik ni. insyaAllah minggu akan datang akan lebih baik..Sebarang komen dan cadangan boleh diletakkan didalam ruangan komen yang disediakan..

Sekian, Terima Kasih. JZKK.

1 comments:

ilhamhakimi at: 26 December 2011 at 05:22 said...

satu lagi match tertangguh.. Nyi Periok vs kaki Bangku..harap maaf..hehe

Post a Comment

SERIE A STANDINGS

SERIE A STANDINGS

Stats