Serie A News

Gameweek 2 Hightlight

Wednesday 4 January 2012
Assalamualaikum.. untuk gameweek 2, 10 perlawanan berjaya dilansungkan bermula dari pukul 8.30-11.00 pagi. perlawanan merangkumi 2 padang. padang A dan padang B. banyak juga perlawanan menarik pada minggu ni dan juga menyaksikan dominisasi kumpulan tangga atas liga.

Gameweek 2 result

PADANG A.

SKODA  ( 3 ) VS SPORTING AZHAR ( 0 )

KAKI BANGKU ( 2 ) VS BOBOI FC ( 0 )

SPORTING AZHAR ( 4 ) VS NYI PERIOK ( 1 )

NAGA PUTIH ( 3 ) VS WIGLE - WIGLE FC ( 1 )

BOBOI FC ( 1 ) VS EL MATADORS O'SEM ( 1 )


PADANG B.

NYI PERIOK ( 1 ) VS NAGA PUTIH ( 3 )

SYARBINI 224 ( 0 ) VS WIGLE-WIGLE FC ( 1 )

EL MATADORS O'SEM ( 0 ) VS ZARAGOZA FC ( 0 )

AL IKHWAH ( 7 ) VS SYARBINI 224 ( 0 )

KAKI BANGKU ( 2 ) VS SKODA ( 4 )


LEAGUE TOP SCORER.


( 8 gol ) : Eqbal Faiz - Al khwah

( 6 gol ) : Akram - Naga Putih

( 5 gol ) : ahmad Muhammad - skoda

( 4 gol ) : ilham hakimi - Al Ikhwah
             : Farid - Skoda
             : Figo - Kaki Bangku
             : W. Hilmi - Naga Putih

( 3 gol ) : Hanzallah - Syarbini 224
             : Sofie - Sporting azhar


Gameweek 2 Report.

Padang A

Perlawanan pertama adalah perlawanan yang dijangka agak menarik apabila kedua dua pasukan mencatat kemenangan pada minggu perlawanan pertama. Skoda bertemu Sporting Azhar. kedua dua pasukan menunjukkan semangat yang membara untuk memenangi perlawanan ini namun ternyata Sporting Azhar bukan tandingan juara bertahan apabila Skoda mencatat kemenangan selesa 3-0. seterusnya, Kaki Bangku dan Boboi Fc meneruskan kerancakan liga apabila bertemu bagi merebut kemengan pertama bagi kedua dua pasukan. Pengalaman menjadi satu inspirasi apabila Kaki Bangku berjaya menundukkan Boboi 2-0. Ibarat melepaskan geram apabila Sporting Azhar mudah membelasah Nyi Periok dengan jaringan 4-1 pada perlawanan seterusnya. Manakala Naga Putih meneruskan rentak kemengan selepas menewaskan Wigle-Wigle Fc atau dahulunya Team Kita dengan jaringan 3-1. perlawanan terakhir bagi padang A mempertemukan Boboi Fc dan El Matador O'sem. Boboi yang mengharapkan kemenangan sekali lagi kempunan apabila pemaiin El Matadors, Hafiz menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir perlawanan. mereka seri 1-1.


Padang B

Kemenangan demi kemenangan berjaya dicipta oleh Naga Putih dan terbaru, kemenangan ketika bertemu Nyi Periok pada perlawanan pertama Padang B. 3-1 ketika wisel penamat ditiup. Wigle-Wigle Fc juga bermula langkah kanan pada perlawanan pertama mereka hari ini apabila membenam Syarbini 224, 1-0. kemenangan tipis yang amat penting untuk meneruskan saingan dalam liga pada tahun ini. Keputusan yang agak memeranjatkan apabila Zaragoza Fc diikat El Matadors O'sem 0-0. ternyata pasukan El Matador tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan pasukan lain. Kemenangan terbesar ada minggu ini berpihak kepada Al Ikhwah apabila mudah menewaskan Syarbini 224 dengan jaringan besar 7-0. dengan penjaring tebanyak mereka Eqbal berjaya meledak hatrick. terakhir pada minggu ini ialah perlawanan antara Skoda dan Kaki Bangku. Perlawanan yang boleh dikatakan 'Match Of The Week' apabila kedua dua pasukan bermain dengan begitu cemerlang namun nasib sekali lagi memihak kepada Skoda apabila mencipta kemenangan 4-2.

Player Of The Week
Ayob - El Matadors O'sem ( GK )

ampun para pembaca beribu ampun, tuan hamba xsempat nak update awal sikit. dan dharap apa yang ditulis dapat dibaca dan diterima seadanya. xperlu kutuk2, maki2..hehe.. puji xpe.. =p

Sekian, Terima Kasih, JZKK.

~Bola Hanya Dikaki, Bukan Dihati~


0 comments:

Post a Comment

SERIE A STANDINGS

SERIE A STANDINGS

Stats